Jemputan Lawatan Portfolio Kontrak Dan Infrastruktur DPMM Pusat Ke Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 08 March 2010 04:01

Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan yang dihormati.

Dimaklumkan bahawa DPMM Pusat akan mengadakan Lawatan Portfolio Kontrak Dan Infrastruktur ke Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)di Johor Bahru,Johor.Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Iskandar Malaysia dan peluang-peluang perniagaan yang boleh didapati di wilayah tersebut.

Sehubungan dengan itu, kami menjemput ahli-ahli yang berminat mengikuti lawatan ini dengan maklumat seperti berikut:-

Tarikh : 16hb Mac 2010 Selasa
Masa : 12.00 tengahari - 3.30 petang
Tempat : Ibu Pejabat IRDA, Danga Bay, Johor Bahru, Johor.

Tentatif aturcara lawatan ialah:-

12.00 tgh : Ketibaan delegasi DPMM dan makan tengahari
2.00 ptg : Taklimat tentang Iskandar Malaysia & Sesi Soal Jawab
3.30 ptg : Lawatan ke Pusat Kota Iskandar - Pusat Pentadbiran Bersurai.

Sila faxkan borang penyertaan ke 03-4042 1540 SEBELUM 12hb Mac 2010 JUMAAT.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya seperti dibawah.

Sekian, terima kasih.

Harap Maklum.

Masnurah Mohamed
Domestik Desk
DPMM KL
Tel:03-4042 4711

Last Updated on Monday, 08 March 2010 04:03