SKIM PINJAMAN TEKUN

Untuk Penjaja dan Peniaga/Pengusaha Kecil
MUDAH, CEPAT DAN TIDAK MEMBEBANKAN

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diwujudkan bagi menyediakan pinjaman modal tambahan kepada penjaja dan peniaga/pengusaha kecil Bumiputera. Program ini menawarkan pinjaman secara mudah tanpa memerlukan cagaran atau penjamin.

 

Program TEKUN bertujuan menawarkan pinjaman modal tambahan, menggalakkan budaya menabung dan mewujudkan jaringan perniagaan di kalangan usahawan kecil Bumiputera.



Penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon:
Bumiputera dan berumur 18-60 tahun
Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan
Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan
Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20, 000
Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
Satu pembiayaan untuk satu isi rumah


Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang terlibat dalam perniagaan adalah layak memohon pinjaman. Antara jenis aktiviti/premis perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:

Gerai Tetap : seperti gerai pasar, gerai menjual makanan, minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak : seperti pasar malam, pasar tani, pasar tamu dan lori/van bergerak.
Kedai Tetap : seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barangan runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan : seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki alat-alat elektrik, pengiklanan dan membuat papantanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak.
Perkhidmatan Pengangkutan : seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah dan bas kilang.
Pembuatan : Industri kecil seperti memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih.



Nilai pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pinjaman kali pertama dari RM 1000 - RM 10 000
Pinjaman kali kedau dan seterusnya dari RM 1000 - RM 20 000
Pinjaman kedua dan seterusnya hanya akan dipertimbangkan kepada usahawan yang mempunyai rekod baik bayaran pinjaman terdahulu.

 

Cagaran dan penjamin tidak diperlukan.
Tiga perkhidmatan dalam satu : Pinjaman, Tabungan dan Bimbingan.
Bayaran rendah secara mingguan.
Bayaran balik pinjaman dikutip di premis perniagaan.
Pinjaman boleh dibuat berulang-ulang.
Insuran Takaful.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

IBU PEJABAT
YAYASAN TEKUN NASIONAL
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
No. 2, Wisma Matmunap, Jalan 4/146, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9058 8550
Faks : 03-9059 5805

http://www.tekun.gov.my

 

Objektif Program TEKUN
Syarat Kelayakan Asas
Aktiviti/Premis Perniagaan Yang Diberi Pertimbangan
Nilai Pinjaman

Kelebihan TEKUN

Keterangan Lanjut